✿◕‿◕✿ SELAMAT DATANG! ✿◕‿◕✿

Subjek Perkembangan Kerohanian Pendidikan Islam (Semester Khas 2)

Assalamualaikum buat bakal pendidik yang akan mendidik kanak-kanak mengenal Allah. Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga kami menyiapkan blog ini. Buat pengetahuan pembaca yang saya kasihi kerana Allah,blog ini di 'create' bukanlah untuk suka-suka sahaja tapi blog ini adalah sebahagian daripada assignment kami untuk subjek yang saya terangkan seperti tajuk entry kali ini.

Bukanlah niat saya ingin 'bercoleteh' panjang lebar bagi permulaan ini,namun izinkan saya memperkenalkan serba sedikit mengenai subjek ini. Subjek ini di ajar oleh seorang pensyarah yang sangat 'chomel','friendly',dan memiliki perwatakan yang sangat periang.Jadi tidak hairan lah kami sebagai pelajar belum pernah lagi  'memancing' sewaktu seisi pengajaran dan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai P&P bersama dengan beliau.

Izinkan saya memperkenalkan nama beliau disini.Jangan marah yea puan.! =)
Nama beliau: Puan Haliza Bt Idris. Beliau dilahirkan pada 11 Januari dan sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel. Hmm ok tuh je.sekian :)

Dalam subjek ini kami akan belajar beberapa tajuk.Antaranya ialah:

  1. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  2. MATLAMAT DAN SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
  3. GURU DARI PERSPEKTIF ISLAM
  4. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  5. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
  6. PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN MEDIA DAN AKTIVITI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
  7. PENGESANAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Pihak kolej kami turut memberi pembahagian penilaian untuk subjek ini:

Tugasan Individu: 20%
Tugasan Kumpulan: 20%
Kuiz:5%
Pembentangan:15%
Peperiksaan Akhir:40%

Penghasilan blog ini merupakan salah satu kerja kumpulan dan menjadi sebahagian 'penyumbang' kepada markah peperiksaan kami kelak.InsyAllah

Diharapkan apa saja ilmu yang kami kongsikan disini dapat memberi manfaat pada kita semua.

"Dekat pada Allah,kau akan dekat padaku,aku akan dekat padamu"

Bakal Pensyarah Muda,
Norashikin Binti Ali Amat

16/03/2012
1:04 Am








- Bakal Pensyarah -

5 comments:

  1. tahniah atas usaha yg mulia. semoga dapat berkongsi ilmu dlm blog ini~

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-salam...saya menyokong blog tersebut,saya berharap pembaca dapat menerima sedikit pengajaran selepas membaca blog itu,saya juga mendoakan agar tugasan berkumpulan ini dapat menarik perhatian pensyarah yang menilai dan sekaligus dapat memberikan markah@point yang memuaskan.Di sini saya juga ingin memberi sedikit nasihat:Usaha+Tawakal+Ikhlas melakukan kerja..InsyaALLAH =KEJAYAAN..
      Saya mohon maaf jika ada tersalah tutur kata..wassalam

      Delete
  2. InsyAllah..doakan kami terus thabat..terus menyokong..! =)

    ReplyDelete