✿◕‿◕✿ SELAMAT DATANG! ✿◕‿◕✿

PROJEK AKHIR



Assalamualaikum w.b.t buat pendidik yang akan mendidik kanak-kanak mengenal Allah. Sebelum saya memulakan kata bicara,saya harap kalian sudi-sudi lah untuk menekan button 'play' di atas untuk menyaksikan sedikit 'buah tangan' daripada kami. Kami telah merancang untu membuat sedikit kelainan berbanding mengikuti seperti kebiasaan. Izinkan saya menerangkan serba sedikit mengenai video tersebut.

Lokasi: Depan kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (Akan bertukar lokasi di Damansara Damai)
Masa: 12:30 tengah hari
Pemilik Kereta: Kereta HONDA ini dimiliki oleh salah seorang ahli kumpulan kami iaitu Nur Sabrah Hj.Lokman
Juru kamera: Nurul Shahida Shahbudin
Pelakon: Norashikin Binti Ali Amat,Nurul Afikah Bt Abdullah,Nur Rafhana Bt Mohd Rafi dan Suhaina Bt Misban.
Edit Video: Nur Sabrah Hj.Lokman

Kumpulan kami bersepakat dan sebulat suara untuk memilih tajuk ADAB MENAIKI KENDERAAN sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk kami bincangkan bersama-sama. Sebagai orang yang beragama Islam dan mengaku dengan kalimah syahadah sudah tentu hidup dilengkapi dengan doa-doa harian agar apa saja yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah. Maka di sini kami sertakan doa menaiki kenderaan untuk kita amalkan bersama-sama.

creadit to mr.Google

                                                                creadit to mr.Google



                                                                creadit to mr.Google

Di sini kami sertakan contoh Rancangan Pengajaran Harian.

Rancangan Pengajaran Harian
(Slot Kerja Kumpulan)


Komponen:               Kreativiti dan Estetika.
                                   Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu),Pendidikan Agama Islam
Kelas:                        Prasekolah Nisa'ul Haqq
Tarikh:                       30 Mac 2012
Masa:                        9.30 –10.30 pagi
Bilangan Pelajar:     25 orang
Tema:                        Kenderaan
Sub tema:                 Kenderaan di darat

Kemahiran:               2.1 Menghasilkan lukisan dan kraftangan
                                               4.1 Membina kemahiran menulis
                                               4.2 Mengamalkan adab dalam kehidupan harian

           Pengetahuan Sedia Ada:   Murid  telah melihat dan menaiki  kenderaan dalam perjalanan       ke sekolah.

Hasil Pembelajaran:          Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.     Menghasilkan sebuah model kenderaan dari bahan yang disediakan    mengikut kumpulan.
2.     Mengeja dan membaca kesemua perkataan hasil padanan perkataan dengan gambar yang ditampal.
3.    Membaca doa menaiki kenderaan dengan sebutan yang betul.
                                   
Kemahiran Berfikir(KB): menjana idea, banding beza

Penerapan Nilai: bekerjasama, cermat, berkonsi alat, mengikut giliran

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kotak, Gam, pensel krayon, warna air, surat khabar lama, kertas iklan,
buku kenderaan, model mainan, carta doa, pita rakaman






LANGKAH/
MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN (BBM,Kesepaduan, KB, Nilai dll.)


Set Induksi

(3 minit)



Contoh soalan:
  1. Apakah kenderaan yang paling anda suka?
  2. Adakah anda ingin membuatnya?

  1. Guru menunjukkan beberapa kenderaan mainan dan buku yang memaparkan berjenis-jenis kenderaan masa kini
  2. Guru bertanyakan murid samada suka untuk membina kenderaan sendiri
  3. Guru menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan mereka lakukan

BBM:
Model kenderaan mainan, buku bergambar

Penyampaian
(55 minit)















1. Kretiviti dan Estetika

Projek membuat model kenderaan
1.     kereta
2.     bas
3.     keretapi









2. Bahasa Melayu

Membuat buku skrap
-          Memadan nama-nama kenderaan mengikut gambar seperti kereta, bas, basikal, motosikal dll
-          mengeja dan membaca nama kenderaan




Kumpulan 1


Langkah
  1. Murid duduk mengikut kumpulan kenderaan (2-3 orang)
  2. Guru menerangkan, mereka akan bekerjasama membina sebuah model kenderaan mengikut nama kenderaan dalam kumpulan mereka
  3. Pembantu guru meletakkan semua bahan-bahan yang diperlukan di atas meja guru. Murid diminta mengambil bahan keperluan tersebut
  4. Murid bekerjasama dalam kumpulan membina sebuah kenderaan pilihan mereka

Pembantu membantu murid dalam membina projek ini

 

Kumpulan 2


Langkah:
  1. Guru menyediakan bahan seperti surat khabar lama, iklan jualan yang mempunyai banyak gambar kenderaan
  2. Murid bekerjasama dengan rakan menggunting gambar kenderaan dan menampalnya di kertas kosong
  3. Guru menyediakan nama kenderaan, murid menampal nama kenderaan berpandukan gambar yang telah ditampal
  4. Murid mengeja dan membaca nama kenderaan
  5. Guru mengumpulkan hasil kerja murid dan dijadikan buku skrap
6.   Murid menulis dan menghias kulit buku skrap*




BBM: kotak-kotak, gam, warna air
Gunting dll

Kesepaduan: P. Fizikal, P.Kognitif, P. Sosio-emosi

KB: menjana idea
      




BBM:
Bahan bergambar, gam, gunting, kertas kosong krayon

Kesepaduan: K&E,       P. Fizikal

KB: membanding beza

Nilai: kerjasama, cermat
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN (BBM,Kesepaduan,KB, Nilai dll.)


3.  Pendidikan Agama Islam

Menghafal doa naik kenderaan


‘Maha suci Allah yang memudahkan bagi kami dan tiadakah kami berkuasa menggunakannya jika tidak kerana kurniaanMu. Sesungguhnya kami akan kembali kepada kamu”


Kumpulan 3


Langkah

1.  Guru mengeluarkan carta bacaan doa
2.  Guru baca dan murid ikut
  1. Murid menghafal berulang kali
  2. Murid yang boleh menghafal doa naik kenderaan beredar
      ke kumpulan seterusnya



BBM:
Carta doa/pita rakaman

Penutup

(2  minit)



Mempamerkan hasil projek murid
-          buku skrap
-          model kenderaan

  1. Murid –murid mengikut kumpulan mengembalikan bahan-bahan yang telah mereka gunakan
  2. Guru mempamer dan menunjukkan hasil kerja murid
Di pusat kreativiti dan estetika


Nilai: kebersihan
KB: banding beza

Catatan Refleksi Pelatih: 
  1. Nur sabrah Hj Lokman
  2. Norashikin Binti Ali Amat 
  3. Nurul Afikah Bt Abdullah
  4. Nurul Shahida Shahbudin
  5. Nur Rafhana Mohd Rafi
  6. Suhaina Misban


 Catatan Bimbingan:



Adab menaiki kenderaan:
  1. Baca Bismillah
  2. Baca Doa naik Kenderan
  3. Melangkah kaki kanan
  4. Keutamaan kepada orang yang memerlukan
  5. Tertib
Adab semasa di jalan raya:
  1. Mematuhi peraturan di jalan raya.
  2. Bertertib di jalan raya.
  3. Mengelakkan kemalangan jalan raya.
  4. Jalan raya hak semua.
  5. Menghormati pengguna lain.
Sebab perlu beradab di jalan raya:
  1. Selamat dalam perjalanan.
  2. Jalan raya adalah hak semua.
  3. Mengelakkan kemalangan jalan raya.
  4. Menghormati pengguna lain.
  5. Mengenali lambang di jalan raya.
Akibat tidak mematuhi adab:
  1. Berlaku kemalangan
  2. Membahayakan keselamatan orang lain.
  3. Berlakunya kesesakan jalan raya.
Allah berfirman:

Maksud: "…dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi, supaya kamu duduk diatas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu…" –Surah Az-Zukhruf ayat: 13 dan 14.
Maksud: dan bertawakkallah kepada Allah SWT dan cukuplah Allah sebagai pemelihara" –Surah al-Ahzab ayat: 3.


Maksud: maka apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya" –Surah Ali-Imran ayat: 159. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,bahawaNabi SAW apabila menaiki tunggangannya untuk keluar bermusafir, baginda SAW bertakbir (menyebut Allahu Akbar), seraya membaca doa:



Maksud: Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasai, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami". 
                                                                                                                                                     Surah az-Zukhruf ayat: 13 dan 14



Sebagai kesimpulannya,sebagai seorang pendidik kita mestilah menekankan sifat-sifat mahmudah kepada kanak-kanak agar mereka boleh mencontohi sifat-sifat tersebut untuk diaplikasikan apabila dewasa kelak. Janganlah kita seperti melepaskan batuk di tangga sehingga kain putih yangs eharusnya kita corakkan dengan warna yang indah bertukar menjadi warna yang kurang 'manis' di pandangan manusia,apatah lagi di pandangan Allah s.w.t. Semoga kita semua mampu mendidik kanak-kanak mengenal Allah dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w.

Semoga sedikit ilmu yang kami kongsikan ini menjadi saham di akhirat kelak.InsyAllah

~Semoga Allah redha..!~


















- Bakal Pensyarah -

Subjek Perkembangan Kerohanian Pendidikan Islam (Semester Khas 2)

Assalamualaikum buat bakal pendidik yang akan mendidik kanak-kanak mengenal Allah. Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga kami menyiapkan blog ini. Buat pengetahuan pembaca yang saya kasihi kerana Allah,blog ini di 'create' bukanlah untuk suka-suka sahaja tapi blog ini adalah sebahagian daripada assignment kami untuk subjek yang saya terangkan seperti tajuk entry kali ini.

Bukanlah niat saya ingin 'bercoleteh' panjang lebar bagi permulaan ini,namun izinkan saya memperkenalkan serba sedikit mengenai subjek ini. Subjek ini di ajar oleh seorang pensyarah yang sangat 'chomel','friendly',dan memiliki perwatakan yang sangat periang.Jadi tidak hairan lah kami sebagai pelajar belum pernah lagi  'memancing' sewaktu seisi pengajaran dan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai P&P bersama dengan beliau.

Izinkan saya memperkenalkan nama beliau disini.Jangan marah yea puan.! =)
Nama beliau: Puan Haliza Bt Idris. Beliau dilahirkan pada 11 Januari dan sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel. Hmm ok tuh je.sekian :)

Dalam subjek ini kami akan belajar beberapa tajuk.Antaranya ialah:

  1. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  2. MATLAMAT DAN SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
  3. GURU DARI PERSPEKTIF ISLAM
  4. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  5. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
  6. PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN MEDIA DAN AKTIVITI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
  7. PENGESANAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Pihak kolej kami turut memberi pembahagian penilaian untuk subjek ini:

Tugasan Individu: 20%
Tugasan Kumpulan: 20%
Kuiz:5%
Pembentangan:15%
Peperiksaan Akhir:40%

Penghasilan blog ini merupakan salah satu kerja kumpulan dan menjadi sebahagian 'penyumbang' kepada markah peperiksaan kami kelak.InsyAllah

Diharapkan apa saja ilmu yang kami kongsikan disini dapat memberi manfaat pada kita semua.

"Dekat pada Allah,kau akan dekat padaku,aku akan dekat padamu"

Bakal Pensyarah Muda,
Norashikin Binti Ali Amat

16/03/2012
1:04 Am








- Bakal Pensyarah -

Pertama sekali



Selamat datang ke laman web blogspot 
Nisa'ul Haqq!


- Bakal Pensyarah -